AKHBAR DAN MAJALAH MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MEMBANGKITKAN SEMANGAT NASIONALISME
SINOPSIS
Peranan akhbar dalam memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan ialah
membincangkan isu berkaitan orang Melayu secara meluas untuk meningkatkan
semangat nasionalisme. Isu ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama isu
politik yang mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu.
Seterusnya, mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak
melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya. Menolak dasar pilih kasih dalam
pentadbiran. Seterusnya isu ekonomi menggalakkan syarikat bekerjasama meminta
mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi tempatan dan
menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang Melayu. Manakala isu pendidikan
dan sosial pula ialah menggalakkan pendidikan anak perempuan, menggalakkan
tabungan dalam kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak, dan memajukan
pendidikan tinggi orang Melayu. Antara akhbar yang membantu dalam menggerakkan
kesedaran kebangsaan ialah Warta Malaya, Lembaga Malaya, Majlis dan Utusan
Melayu.
Manakala peranan majalah pula
membangkitkan persoalan pendidikan anak-anak melayu, perpaduan dalam kalangan
orang melayu, semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan isu ini di
bangkitkan di dalam majalah guru. Seterusnya, MAJALAH PENGASUH pula
membangkitkan persoalan menggesa orang melayu menjauhi sifat buruk, memperluas
ilmu dalam semua bidang dan menggalakkan pendidikan dalam kalangan orang
melayu. Akhir sekali, MAJALAH BULAN MELAYU mengutarakan isu menggalakkan
perpaduan dalam kalangan guru perempuan Johor, menggalakkan wanita mendapat
pendidikan dan mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai islam dan
budaya timur.
Kesimpulannya, jelaslah peranan akhbar dan
majalah merupakan gerakan kesedaran kebangsaan kepada orang melayu yang memberi
impak yang besar dalam melahirkan semangat nasionalisme untuk membebaskan tanah
air dari cengkaman penjajah.
ANTARA KERATAN AKHBAR:
PENULIS AKHBAR YANG TERKENAL:
ZAINAL ABIDIN AHMAD-1920
ONN JAAFAR
ABDUL RAHIM KAJAI
AKHBAR YANG TERKENAL:
WARTA MALAYA
MAJLIS
UTUSAN MELAYU
WARTA NEGARA
FAJAR SARAWAK
AKHBAR DAN ISU YANG DIBANGKITKAN
Ø 1. Sosial/Pendidikan
Ø Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
Ø Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
Ø Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif
seperti memilih kerja & tidak mahu berusaha.
Ø Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk
tujuan pendidikan.
Ø Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu
(pertukangan dan kerja tangan)
Ø Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan
orang Melayu.
Ø Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan
memberikannya nilai ekonomi.
Ø Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam
pentadbiran British.
Ø Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan
pendidikan Islam.
Ø Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat.
2. Ekonomi
Ø Menggalakkan syarikat kerjasama
Ø Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang
yang mengancam ekonomi tempatan
Ø Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu.
Ø Melarang orang Melayu menjual tanah.
Ø Menyeru orang Melayu berjimat cermat
Ø Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di
Kuala Lumpur.
3. Politik
- Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.
- Mengkritik pembesar dan Raja-Raja Melayu (tidak melaksanakan kepemimpinan yang sewajarnya untuk rakyat)
- Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
- Menuntut diadakan Malay Administrative Service) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
- Menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.
- Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.
MAJALAH
Ø Lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa
melalui rencana & puisi yang disiarkan.
Ø Sehingga tahun 1940-an - terdapat 120 buah majalah
pelbagai corak diterbitkan.
Ø Menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pendidikan,
ekonomi, bahasa, sastera serta
politik anti
penjajahan & orang asing.
Ø Majalah yang terkenal:
Majalah Guru 1924
Pengasuh 1918
Bulan
Melayu 1930
-Majalah
Guru
Pengarangnya :
Muhamad Dato' Muda Linggi, Yusuf Ahmad, Mohd Sidin Rashid
Antara
isu yang diperjuangkan :
§ Pendidikan anak-anak Melayu
§ Menyeru perpaduan orang Melayu
§ Meniupkan semangat cinta akan negara.
§ Membaiki taraf hidup orang Melayu.
§ Memajukan bahasa & sastera Melayu.
§ Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai
pemimpin bahasa.
- Majalah
Bulan Melayu
Pengarangnya : Zainon
Sulaiman
Antara
isu yang diutarakan :
§ Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan
Melayu Johor.
§ Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan
diri.
§ Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai
Islam dan budaya Timur.
§ Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan
bangsa.
PENYATAAN MASALAH
Masyarakat kini kurang minat membaca akhbar dan majalah yang terlibat dalam memperjuangkan idea-idea semangat memperjuangkan kebangsaan.Mereka lebih cenderung kepada majalah berbentuk hiburan. Selain itu, kami juga dapati tokoh-tokoh yang terlibat dalam penulisan akhbar dan majalah dalam usaha mereka memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan semakin dilupakan. Akhbar dan majalah seperti Warta Malaya,Lembaga Malaya,Majlis,Utusan Melayu,Warta Negara membangkitkan semangat kebangsaan antara masyarakat semasa penjajahan British dahulu. Oleh itu, kami jalankan kajian ini bertujuan untuk mendidik minda masyarakat agar dapat menanamkan semangat patriotisme yang tinggi dalam setiap individu.
PENYATAAN MASALAH
Masyarakat kini kurang minat membaca akhbar dan majalah yang terlibat dalam memperjuangkan idea-idea semangat memperjuangkan kebangsaan.Mereka lebih cenderung kepada majalah berbentuk hiburan. Selain itu, kami juga dapati tokoh-tokoh yang terlibat dalam penulisan akhbar dan majalah dalam usaha mereka memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan semakin dilupakan. Akhbar dan majalah seperti Warta Malaya,Lembaga Malaya,Majlis,Utusan Melayu,Warta Negara membangkitkan semangat kebangsaan antara masyarakat semasa penjajahan British dahulu. Oleh itu, kami jalankan kajian ini bertujuan untuk mendidik minda masyarakat agar dapat menanamkan semangat patriotisme yang tinggi dalam setiap individu.
PERSOALAN KAJIAN
1.Adakah akhbar dan majalah dapat menyedarkan
masyarakat Melayu?
Ya.kerana akhbar dan majalah pada zaman itu
merupakan sumber maklumat yang penting. Tokoh-tokoh penulisan menyedarkan
masyarakat melayu supaya mengubah sikap mereka dan mementingkan ilmu
pengetahuan. Seterusnya menuntut masyarakat melayu mendapatkan kemerdekaan
daripada penjajah.
2.Adakah akhbar dan majalah dapat mendesak
system penjajahan British?
Kelantangan tokoh-tokoh penulisan yang berani
mengkritik kelemahan sistem penjajahan British seperti mendesak British
mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu, mengurangkan kemasukan orang dagang dan
menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran mahupun menuntut
kemerdekaan. Selepas desakan yang bertali arus melalui media cetak,demonstrasi
dan sebagainya British terpaksa mengikut kehendak masyarakat.
OBJEKTIF KAJIAN
>Mengenalpasti kesan dan desakan akhbar dan
majalah kepada sistem penjajah Bristish.
>Mengenalpasti faktor sebenar 5 akhbar ini
dapat menimbulkan semangat kesedaran terhadap orang melayu.
Metrologi kajian
Ø Kajian perpustakaan.
Ø Buku teks SPM.
Batasan kajian
Ø Kajian ini disasarkan kepada semua orang awam
Kepentingan kajian
Kepentingan kepada
Individu
Ø Kajian ini dijalankan untuk menanam sifat patriotisme
dalam diri setiap individu. Justeru itu, dapat memupuk semangat kebangsaan
dalam diri secara tidak langsung dapat mewujudkan perasaan cinta akan negara.
Selain itu, mendapat pengajaran serta menjadikan ia satu teladan dalam diri
setiap individu.
Kepentingan kepada
Masyarakat
Ø Kajian ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, dapat menyemarakkan
konsep perpaduan dalam pelbagai kaum di negara ini. Demikian itu, masyarakat
juga tanah air.
Kepentingan kepada
Negara
Ø Kajian ini dijalankan untuk memberi implikasi yang
berfaedah terhadap negara. Secara tidak langsung negara akan keamanan dan
keharmonian kerana di sini negara mempunyai masyarakat yang bertanggungjawab
dan mempunyai ciri-ciri khalifah untuk mentadbir negara ke arah kemajuan dan
mengawal kestabilan serta keselamatan negara terjamin dari ancaman anasir
luar.
SEKIAN DARI KAMI, PELAJAR POLITEKNIK NILAI.
Muhammad Shazmeer Bin Barkat Ali
Muhammad Shahreen Bin Haslan
Vincent De Paul A/L Augustine
Muhammad Farouq Sobree Bin Subkhi
SEKIAN DARI KAMI, PELAJAR POLITEKNIK NILAI.
Muhammad Shazmeer Bin Barkat Ali
Muhammad Shahreen Bin Haslan
Vincent De Paul A/L Augustine
Muhammad Farouq Sobree Bin Subkhi