Thursday, October 1, 2015

AKHBAR DAN MAJALAH MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MEMBANGKITKAN SEMANGAT NASIONALISME

SINOPSIS

Peranan akhbar dalam memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan ialah membincangkan isu berkaitan orang Melayu secara meluas untuk meningkatkan semangat nasionalisme. Isu ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama isu politik yang mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu. Seterusnya, mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan yang sewajarnya. Menolak dasar pilih kasih dalam pentadbiran. Seterusnya isu ekonomi menggalakkan syarikat bekerjasama meminta mengurangkan kemasukan orang dagang kerana mengancam ekonomi tempatan dan menggalakkan perniagaan dalam kalangan orang Melayu. Manakala isu pendidikan dan sosial pula ialah menggalakkan pendidikan anak perempuan, menggalakkan tabungan dalam kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak, dan memajukan pendidikan tinggi orang Melayu. Antara akhbar yang membantu dalam menggerakkan kesedaran kebangsaan ialah Warta Malaya, Lembaga Malaya, Majlis dan Utusan Melayu.
Manakala peranan majalah pula membangkitkan persoalan pendidikan anak-anak melayu, perpaduan dalam kalangan orang melayu, semangat cinta akan negara dan menentang penjajahan isu ini di bangkitkan di dalam majalah guru. Seterusnya, MAJALAH PENGASUH pula membangkitkan persoalan menggesa orang melayu menjauhi sifat buruk, memperluas ilmu dalam semua bidang dan menggalakkan pendidikan dalam kalangan orang melayu. Akhir sekali, MAJALAH BULAN MELAYU mengutarakan isu menggalakkan perpaduan dalam kalangan guru perempuan Johor, menggalakkan wanita mendapat pendidikan dan mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai islam dan budaya timur.
Kesimpulannya, jelaslah peranan akhbar dan majalah merupakan gerakan kesedaran kebangsaan kepada orang melayu yang memberi impak yang besar dalam melahirkan semangat nasionalisme untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah.


ANTARA KERATAN AKHBAR:
























PENULIS AKHBAR YANG TERKENAL:

ZAINAL ABIDIN AHMAD-1920





ONN JAAFAR



ABDUL RAHIM KAJAI



AKHBAR YANG TERKENAL:

WARTA MALAYA
MAJLIS
UTUSAN MELAYU
WARTA NEGARA
FAJAR SARAWAK

AKHBAR DAN ISU YANG DIBANGKITKAN
Ø 1. Sosial/Pendidikan
Ø Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
Ø Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan.
Ø Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja & tidak mahu berusaha.
Ø Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk tujuan pendidikan.
Ø Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu (pertukangan dan kerja tangan)
Ø Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu.
Ø Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi.
Ø Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
Ø Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam.
Ø Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat.


2. Ekonomi
Ø Menggalakkan syarikat kerjasama
Ø Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang yang mengancam ekonomi tempatan
Ø Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu.
Ø Melarang orang Melayu menjual tanah.
Ø Menyeru orang Melayu berjimat cermat

Ø Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur.



3. Politik
  • Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.
  • Mengkritik pembesar dan Raja-Raja Melayu (tidak melaksanakan kepemimpinan yang sewajarnya untuk rakyat)
  • Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
  • Menuntut diadakan Malay Administrative Service) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan.
  • Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan.



MAJALAH
Ø Lebih memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana & puisi yang disiarkan.
Ø Sehingga tahun 1940-an - terdapat 120 buah majalah pelbagai corak diterbitkan.
Ø Menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera serta   politik  anti   penjajahan & orang asing.
Ø Majalah yang terkenal:
    Majalah Guru 1924
    Pengasuh 1918
    Bulan Melayu 1930


-Majalah Guru
Pengarangnya : Muhamad Dato' Muda Linggi, Yusuf Ahmad, Mohd Sidin Rashid

Antara isu yang diperjuangkan : 
§  Pendidikan anak-anak Melayu
§  Menyeru perpaduan orang Melayu
§  Meniupkan semangat cinta akan negara.
§  Membaiki taraf hidup orang Melayu.
§  Memajukan bahasa & sastera Melayu.
§  Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.

- Majalah Bulan Melayu
Pengarangnya : Zainon Sulaiman

Antara isu yang diutarakan : 
§  Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
§  Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri.
§  Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.

§  Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.


PENYATAAN MASALAH



Masyarakat kini kurang minat membaca akhbar dan majalah yang terlibat dalam memperjuangkan idea-idea semangat memperjuangkan kebangsaan.Mereka lebih cenderung kepada majalah berbentuk hiburan. Selain itu, kami juga dapati tokoh-tokoh yang terlibat dalam penulisan akhbar dan majalah dalam usaha mereka memperjuangkan idea-idea semangat kebangsaan semakin dilupakan. Akhbar dan majalah seperti Warta Malaya,Lembaga Malaya,Majlis,Utusan Melayu,Warta Negara membangkitkan semangat kebangsaan antara masyarakat semasa penjajahan British dahulu. Oleh itu, kami jalankan kajian ini bertujuan untuk mendidik minda masyarakat agar dapat menanamkan semangat patriotisme yang tinggi dalam setiap individu.



PERSOALAN KAJIAN

1.Adakah akhbar dan majalah dapat menyedarkan masyarakat Melayu?
Ya.kerana akhbar dan majalah pada zaman itu merupakan sumber maklumat yang penting. Tokoh-tokoh penulisan menyedarkan masyarakat melayu supaya mengubah sikap mereka dan mementingkan ilmu pengetahuan. Seterusnya menuntut masyarakat melayu mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah.

2.Adakah akhbar dan majalah dapat mendesak system penjajahan British?


Kelantangan tokoh-tokoh penulisan yang berani mengkritik kelemahan sistem penjajahan British seperti mendesak British mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu, mengurangkan kemasukan orang dagang dan menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran mahupun menuntut kemerdekaan. Selepas desakan yang bertali arus melalui media cetak,demonstrasi dan sebagainya British terpaksa mengikut kehendak masyarakat.



OBJEKTIF KAJIAN

>Mengenalpasti kesan dan desakan akhbar dan majalah kepada sistem penjajah Bristish.


>Mengenalpasti faktor sebenar 5 akhbar ini dapat menimbulkan semangat kesedaran terhadap orang melayu.


Metrologi kajian
Ø Kajian perpustakaan.
Ø Buku teks SPM.



Batasan kajian

Ø Kajian ini disasarkan kepada semua orang awam



Kepentingan kajian

Kepentingan kepada Individu
Ø Kajian ini dijalankan untuk menanam sifat patriotisme dalam diri setiap individu. Justeru itu, dapat memupuk semangat kebangsaan dalam diri secara tidak langsung dapat mewujudkan perasaan cinta akan negara. Selain itu, mendapat pengajaran serta menjadikan ia satu teladan dalam diri setiap individu.


Kepentingan kepada Masyarakat
Ø Kajian ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, dapat menyemarakkan konsep perpaduan dalam pelbagai kaum di negara ini. Demikian itu, masyarakat juga tanah air.




Kepentingan kepada Negara

Ø Kajian ini dijalankan untuk memberi implikasi yang berfaedah terhadap negara. Secara tidak langsung negara akan keamanan dan keharmonian kerana di sini negara mempunyai masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri khalifah untuk mentadbir negara ke arah kemajuan dan mengawal kestabilan serta keselamatan negara terjamin dari ancaman anasir luar. 




SEKIAN DARI KAMI, PELAJAR POLITEKNIK NILAI.


Muhammad Shazmeer Bin Barkat Ali 

Muhammad Shahreen Bin Haslan              
Vincent De Paul A/L Augustine
Muhammad Farouq Sobree Bin Subkhi